VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Julai 2014 / 24 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/09/2013

Pukat tunda 38 mm diharamkan mulai 1 November

BERA 1 Sept. - Kerajaan mengharamkan penggunaan bot pukat tunda yang menggunakan saiz mata di bawah ukuran 38 milimeter (mm) bagi menyelamatkan spesies marin dan benih ikan daripada dimusnahkan mulai 1 November ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengunaan saiz pukat itu sebenarnya telah dikuatkuasakan sejak dua tahun lalu mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menetapkan saiz mata keroncong pukat tunda mestilah melebihi ukuran 38 mm.

Bagaimanapun katanya, kelemahan penguatkuasaan menyebabkan pengusaha bot terbabit terus berdegil menggunakannya.

"Beberapa negara ASEAN telah menggunakan pukat tersebut pada saiz mata pukat lebih besar seperti di Brunei, Myanmar dan Bangladesh yang masing-masing menggunakan saiz 60 mm manakala Korea Utara pula adalah 40 mm.

"Kita akan mengambil tindakan mulai 1 November ini dengan menjalankan operasi oleh Jabatan Perikanan bagi membanteras pengusaha bot yang terus berdegil mengunakan pukat saiz lama.

"Tujuan menguatkuasakan undang-undang ini bukan untuk menyekat rezeki pengusaha, tetapi memastikan ikan ataupun sumber marin terus berkekalan untuk jangka panjang dan secara langsung, pendapatan nelayan pantai tidak terjejas," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.