VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 30/05/2013

Malaysia catat jumlah pengangguran rendah

KUALA LUMPUR 29 Mei - Malaysia jatuh ke tempat ke-15 daripada kedudukan ke-14 ranking daya saing dunia, tetapi mencatatkan markah tinggi dalam jumlah pengangguran yang rendah dan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang menggalakkan.

IMD, fakulti perniagaan global terkemuka yang berpangkalan di Switzerland berkata, bagaimanapun, ranking Malaysia kini mendahului negara-negara seperti Australia, Britain, Korea Selatan, China dan Jepun.

"Malaysia mencatatkan peningkatan yang signifikan dalam prestasi ekonomi yang meningkat daripada kedudukan ke-10 kepada tempat ketujuh dan dalam kecekapan perniagaan kepada tempat keempat daripada keenam tahun lepas," kata IMD dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun ke-25 ranking daya saing dunia.

Fakulti perniagaan itu menilai negara berasaskan kepada empat faktor daya saing utama iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur untuk mengukur sebaik mana negara boleh menguruskan ekonomi dan sumber manusia mereka bagi meningkatkan kemakmuran masing-masing.

Malaysia mencatatkan 1.7 peratus daripada inflasi pengguna pada 2012, sebagaimana yang diukur oleh indeks harga pengguna yang mencerminkan perubahan peratusan tahunan dalam kos kepada pengguna pertengahan dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang mungkin tetap atau berubah pada waktu yang khusus.

Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD, Profesor Stephane Garelli berkata, Amerika Syarikat telah mendapat tempat pertama pada tahun 2013, dirangsang oleh sektor kewangan yang melantun semula, kelebihan dalam inovasi teknologi dan kejayaan syarikat.

"China dan Jepun turut meningkatkan daya saing mereka.

Garelli juga berkata yang kembalinya kerancakan Amerika Syarikat dan berita yang lebih baik dari Jepun turut menghidupkan kembali debat berjimat cermat dan pertumbuhan kekal penting untuk daya saing walaupun pembaharuan berstruktur tidak dapat dielakkan - .BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.