VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 01/07/2013

ASEAN sepakat nilai jerebu

BANDAR SERI BEGAWAN 30 Jun - Menteri-menteri Luar ASEAN, hari ini sepakat memilih pegawai dari Singapura, Malaysia dan Indonesia untuk menilai apa yang berlaku di lapangan dan melaporkan kepada pemimpin-pemimpin ASEAN untuk menguruskan masalah jerebu yang menyelubungi beberapa negara di rantau ini, baru-baru ini.

Agensi berita channelnewsasia.com memetik Menteri Hal Ehwal Luar dan Undang-Undang Singapura, K. Shanmugam sebagai berkata, maklumat terperinci bagaimana melaksanakan proses itu akan dibincangkan.

''Ini merupakan satu perkembangan positif dan merasa gembira dengan hasil yang dicapai ini, di mana ia merupakan satu rangka kerja untuk mengambil tindakan selanjutnya secara berkumpulan,'' katanya kepada pemberita pada mesyuarat tertutup Menteri-menteri Luar ASEAN, di sini hari ini.

Shanmugam bersama rakan sejawatannya dari Malaysia dan Indonesia, semalam mengadakan pertemuan sebelum mesyuarat tersebut bagi membincangkan isu jerebu itu dan mengusulkan cadangan untuk menangani masalah itu secara satu pasukan.

Menteri Hal Ehwal Luar dan Undang-Undang Singapura itu berkata, ia memberi fokus kepada kepentingan untuk memadam kebakaran, memantau dan mengesan serta menghalang pengulangan kejadian itu pada masa depan.

''Pegawai-pegawai tersebut akan bertugas untuk memantau isu dan laporan pemimpin-pemimpin di luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN supaya sejumlah langkah dapat dicadangkan dan dipersetujui.

''Ia memberi fokus kepada dua terma luas iaitu memadam kebakaran dan menghalang ia berulang pada masa depan, dan apakah langkah yang boleh diambil seterusnya. Semua proses ini sama ada melibatkan tindakan dua hala, tiga hala atau ASEAN sebagai satu pasukan, dipersetujui bahawa kita semua akan bekerjasama,'' katanya.

Dalam satu kenyataan bersama pada mesyuarat tersebut, Menteri-menteri ASEAN mengetengahkan bahawa jerebu merentasi negara itu merupakan satu cabaran berulang kepada pertubuhan Asia Tenggara itu.

Justeru, Menteri-menteri luar ASEAN menggariskan kepentingan untuk mengambil langkah-langkah untuk menanganinya.

Menteri-menteri luar itu turut menegaskan kepentingan negara-negara di rantau ini mengekalkan tanggungjawab antarabangsa mereka dan bekerjasama untuk menangani masalah jerebu tersebut.

Mesyuarat itu turut meminta negara-negara yang belum meratifikasikan Perjanjian ASEAN berhubung Jerebu Merentasi Negara supaya melaksanakannya secepat mungkin. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.