VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 25/05/2003

Apabila Siti Nurhaliza dan Hazami berduet

SIAPA sangka dalam diam-diam penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza memuja pendatang baru, Hazami. Malah Siti sendiri tidak bertepuk sebelah tangan kerana penyanyi Sonata Musim Salju juga telah lama memujanya dari jauh.

Akhirnya kedua-dua mereka bertemu `jodoh' di Pusat Penyiaran Astro dalam program Dari Studio Satu Bersama Siti Nurhaliza.

Bagi Siti Nurhaliza peluang berduet dengan Hazami yang baru-baru ini dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik dalam AIM2003 merupakan saat yang sudah lama diidam-idamkan. ``Siti memang minat sangat dengan suara Hazami,'' kata penyanyi bersuara emas itu ketika ditemui sebelum persembahan berlangsung Jumaat lalu.

Barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan malam itu malam bertuah bagi peminat yang menyaksikan persembahan mereka.

Mana tidaknya, peluang menyaksikan Siti berduet bersama penyanyi lelaki bukanlah acap kali dapat dilihat. Malah, malam itu Siti turut berduet dengan abangnya Ayie ketika menyampaikan lagu Jangan Pisahkan.

Itulah kali pertama mereka digandingkan semula selepas Ayie mengambil keputusan menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya nyanyian Siti. Sebelum ini Siti sering bergandingan dengan Tan Sri S. M. Salim tetapi tidak penyanyi baru seperti Hazami.

Walaupun sudah bergelar penyanyi nombor satu di Malaysia, Siti mengakui dia segan dengan bakat besar Hazami. Menurut Siti, selain mempunyai vokal yang mantap Hazami juga mempunyai teknik nyanyian yang baik.

``Mulanya Siti rasa gementar juga nak berduet dengan dia. Maklum sahajalah, dia kan guru vokal,'' jelasnya tersenyum.

Walaupun terpaksa menghadapi kesukaran mengimbangi key masing-masing pada peringkat awal, tetapi masalah itu telah dapat diatasi dengan baik.

Ditanya sama ada dia berminat sekiranya digandingkan dengan Hazami dalam album, Siti yang kini dilantik sebagai duta kamera digital Minolta menganggap itu merupakan peluang yang baik.

``Semua itu terpulang kepada syarikat rakaman. Tetapi kalau kami ingin digandingkan dalam mana-mana persembahan... no problem. Siti sentiasa mengalu-alukannya,'' ujar penyanyi itu lagi.

Bagi Hazami, peluang berduet dengan Siti diharapkan dapat menjadi pembuka jalan kepada penyanyi baru sepertinya.

``Setidak-tidaknya, Siti dapat perkenalkan saya kepada peminat seni suara di sini,'' kata penyanyi yang berasal daripada Pulau Pinang itu.

Sebagai pendatang baru, Hazami mengakui jemputan berduet dari artis popular seperti Siti adalah satu penghargaan besar buatnya.

Malah pemegang ijazah kejuruteraan itu berkali-kali bertanya kepada syarikat rakamannya adakah beliau diundang untuk mengadakan persembahan dengan Siti Nurhaliza.

``Selepas disahkan ia Siti Nurhaliza, dua hari saya tergamam,'' kata Hazami tertawa.

Menurut Hazami atau nama sebenarnya Nor Kamal Hazami Ahmad, tawaran tersebut disampaikan kepada syarikat rakamannya Warner Music beberapa hari sebelum menghadiri AIM2003.

Pertama kali digandingkan, Hazami mengakui mengalami kesukaran untuk mengimbangi key masing-masing.

``Pada awalnya saya diminta menyanyi dua key lebih tinggi dari biasa. Tapi bila berlatih saya nyanyi empat key lebih tinggi,'' katanya.

``Namun begitu, bagi menghasilkan gabungan yang mantap, kami bersetuju mengimbangi vokal masing-masing,'' ujar Hazami. Mengulas lanjut katanya, sebagai penyanyi baru dia kagum dengan sikap Siti yang suka merendah diri.

Dalam rancak bercerita Hazami sempat berkongsi rahsia dengan Pancaindera yang sekian lama disimpannya.

Menurut penyanyi itu, dia pernah ditawarkan oleh Adnan Abu Hassan untuk berduet dengan Siti ketika penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu baru menapak dalam bidang seni suara.

``Kalau tidak silap saya masa itu Siti baru buat album keduanya,'' kata Hazami. ``Disebabkan saya masih belum bersedia ketika itu, saya terpaksa menolak tawaran Adnan,'' katanya lagi.

Bagaimanapun Hazami yang mengagumi bakat Siti itu secara diam telah mencipta sebuah lagu khusus untuk Siti. Lagu yang berjudul Coretan Cinta Kelana itu katanya, ditulis ketika beliau masih menuntut di London.

``Saya tulis lagu ini kerana saya kagum dengan bakat yang dimilikinya. ``Saya tidak rasa saya mampu menjadi penyanyi besar sepertinya,'' ujar Hazami tersenyum.

Menurutnya lagi, lagu tersebut masih berada dalam simpanannya. Saya memang berhasrat nak beri lagu itu kepada Siti cuma takut Siti tak sudi...'' ujarnya lagi.

Bagi para peminat yang tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan Siti dan Hazami berduet, saksikan persembahan Siti dalam rancangan Dari Studio Satu di Astro Ria tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.