VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 08/08/2011

Siti Nurhaliza, Datuk K teruskan tradisi hulur zakat bantu penduduk


SITI Nurhaliza Taruddin menyampaikan sumbangan zakat kepada salah seorang penduduk sambil diperhatikan Khalid Mohamad Jiwa di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.


SUNGAI PETANI 7 Ogos - Penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa meneruskan tradisi membantu golongan yang memerlukan dengan menyampaikan zakat dan bantuan kepada penduduk miskin di sebuah masjid yang dibiayai mereka di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu dekat sini semalam.

Pada majlis itu, Siti Nurhaliza dan suaminya yang lebih dikenali sebagai Datuk K menyampaikan zakat perniagaan mereka sekeluarga kepada 220 warga emas dari beberapa kampung sekitar Tikam Batu.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Siti Nurhaliza berkata, beliau dan suami gembira kerana dapat meneruskan tradisi membantu mereka yang memerlukan terutamanya sempena bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

"Syukur, kerana Siti dan suami mampu tunaikan kewajipan menghulurkan bantuan dan memberi zakat kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya di sini.

"Tradisi ini diteruskan setiap tahun. Kami juga gunakan kesempatan ini untuk bertemu dan berbuka puasa bersama sahabat handai di sini," katanya di Masjid Al-Khalidiah Kampung Permatang Pasir, di sini.

Hadir bersama ialah kakak Datuk K, Datin Zaiton Mohd. Jiwa dan ibu mereka, Siti Zainab Hanafi.

Pada majlis itu, mereka sekeluarga turut menyampaikan kain pelikat, kain batik dan duit raya kepada warga emas serta kanak-kanak.

Sementara itu, Datuk K memberitahu, selain di kampung kelahirannya, beliau dan isteri akan turut menghulurkan bantuan kepada penduduk di Kuala Lipis, Pahang dalam tempoh terdekat ini.

"Di samping itu, saya dan isteri juga akan mengadakan rumah terbuka di Kampung Permatang Pasir semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Bagaimanapun, tarikh belum ditetapkan lagi," katanya.

Tambah beliau, mereka sekeluarga akan berangkat menunaikan umrah pada 19 Ogos ini dan pulang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, pengerusi kariah masjid itu, Mahmood Rejab berkata, pihaknya berterima kasih kerana Datuk K dan Siti bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada penduduk kampung.

"Saya gembira kerana bantuan sebegini sekurang-kurangnya meringankan beban dan membolehkan penduduk terlibat membuat persiapan menyambut Aidilfitri," jelasnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.